30 days Lipstick Activity : Day 1 and Day 2

Yeayyy. Assalamualaikum semua.

Start semalam 27 July 2017, our Glamorous Bees  team adakan activity 30 days color lipstick. Setiap hari kami semua akan pakai lipstick color yang sama selama 30 hari.

Bestt kan..?

Okay, start today saya akan post kan gambar kami semua dengan lipstick color yg kami pakai. Setiap hari saya akan update di blog ni. So kalau uols nak tengok color lipstick reflek dekat color kulit yg berbeza boleh check sini yaaaa.

Day 1 : Semi-Matte Lipstick color Mauve Movement (color pink peach gittew)



Masing-masing elok kan? So apa lagi kalau berkenan boleh whatsapp I laju-laju

Day 2: Semi-Matte Lipstick color Rich Truffle





Mana-mana yang berkenan color tu boleh contact I untuk booking for trial session. Kalau tak pandai make up kiter ajarkan sekali.

Meh whatsapp Kak Qynn
+6018-3755877
Your Personal Beauty Consultant

Short Trip Bajet Hatyai

Assalamualaikum semua.

This time rasa macam nak share bajet travel saya last week dengan kawan-kawan travel yang lain. Ada 12 orang semuanya dalam trip ni. Sebenarnya ada sorang je kawan saya iaitu ex-officemate saya dulu dan yang lain-lain tu semua kawan-kawan kepada kawan saya tu. Hahaha. Faham ke tak kawan-kawan berkait ni?

Okaylah whatever yang penting kami dah berkenalan dan takda masalah sepanjang short trip kami tu.

1 Dec 2016 (Bertolak dari KL)
Perjalanan bermula dari TBS dan terus ke Hatyai (tiket bas cuma RM60), kami memang naik bas je sebab lebih jimat dan mudah. Bas bertolak jam 10.30pm dan sampai di Bukit Kayu Hitam lebih kurang jam 4.30am.



2 Dec 2016 (Cop Passport di MY-TH Border)
Kat sini driver bas minta passport kami untuk dapatkan pass arrival & departure sebelum masuk ke Thailand. Kat sini juga kami diberi travel insurans setiap seorang untuk safety jika ada kemalangan.

Lepas dah dapat pass tu, bas teruskan perjalanan ke Malaysia-Thailand border untuk cop passport. Tapi memandangkan pitstop imigresen cuma bukak jam 6pagi jadi kebanyakan kami pun sambung tidur dalam bas lebih kurang 1jam.

Pukul 6.30am kami semua diarahkan turun dari bas untuk scan dan cop passport. Kat sini kena beratur panjang. Habis dalam 1jam setengah jugak kita beratur kt imigresen ni. Untuk bahagian imigresen Malaysia, pegawai cuma scan je passport kita tapi kat imigresen Thailand (Sadao) kat sini passport kita akan di cop.

Selepas sesi mengecop pasport di Bukit Kayu Hitam-Sadao (Malaysia-Thailand border), bas pun teruskan perjalanan dalam 1 jam sebelum sampai di Hatyai.

Sampai je kat Hatyai, kami beli tiket bas untuk balik Malaysia siap-siap. Sebab ni short trip, kami sampai Jumaat 9 pagi dan tiket balik Malaysia hari Ahad 1pm (2pm waktu Malaysia). Tempat beli tiket tu nama DavisTour. Sesape yang plan nak pegi nanti bolehla refer sini atau book tiket awal2.

Breakfast
Kemudian kami ke Restaurant Salma untuk breakfast.  Makanan kat sini semuanya Halal. Jangan risau sangat berjalan kat Hatyai ni senang nak cari kedai makanan Halal. Kat sini pun ramai Muslim.

Lepas je breakfast terus kami ke Hotel untuk refreshment. Naik TukTuk dari restoran sampai ke hotel cuma 20baht saje. Kalau nak jalan kaki pun boleh tapi kami naik TukTuk sebab hari hujan. Kami menginap di Hotel GreenView untuk 2 hari 2 malam. Kita share bilik untuk 3 orang. Ada 1 single bed & 1 double bed. Harga 600baht per night. Mungkin kalau rapatkan katil boleh muat 4-5 orang dalam bilik ni. Korang bolehla check kat booking.com untuk more info.



Lunch
Lepas rest sekejap, dalam jam 1pm kami keluar lunch. This time untuk jalan-jalan Hatyai town kami sewa van siap ngan driver. Kos 5000baht untuk 2 hari. Untuk lebih jimat, korang boleh naik TukTuk jer kos lebih kurang 150baht sorang untuk travel satu hari. Boleh deal dengan driver TukTuk. Ni kami sewa van sebab kami ramai, ada 12 orang so selesa sikitlah naik van ramai-ramai berbanding dengan TukTuk.

Kami makan di restaurant Kai Tod Decha, kedai Muslim makanan Halal. Kos makan korang boleh bajet dalam 100baht kalau nak jimat.






Floating Market
Kemudian kami ke Floating Market, kat sini banyak makanan, souvenir dan menariknya peniaga kat sini meniaga atas perahu. Kebetulan Hatyai dari pagi hujan jadi Floating Market naik air dan ditutup. Tak dapatlah nak rasa suasana membeli dengan penjual atas perahu tu.




Kami cuma jalan-jalan area Floating Market tu dan amik gambar banyak-banyak. Katanya semua peniaga kat atas perahu tu pindah naik ke bazar atas. Sempat la tengok berjenis makanan Thai yang dijual. Kat sini jugak kita terserempak dengan Rita Rudaini dngan anak-anak dia. Kebetulan. HEHE.









Central Festival
Dah puas pusing satu Floating Market, kami bergerak ke Central Festival dengan van. Central Festival ni sebenarnya mall, kat sini ada banyak juga kedai yang ala-ala kat Times Square tu. Nak beli barang murah atau branded boleh pilih ikut citarasa. Kat sini ada surau so bolehla selesaikan yang wajib sebelum ke next destination.

Kawalan pintu masuk kat sini agak ketat. Guard akan check beg masing-masing sebelum dapat masuk. Last time masa I pergi Turki pun sama, sebab banyak kes bom kat tempat awam, so banyak prosedur sebagai langkah berjaga-jaga.






Asean Night Market
Cukup sejam di Central Festival kami pun gerak ke Night Market. Kat sini serious memang rambang mata. Sorok duit siap-siap sebelum terbeli macam-macam benda kat sini. Serious barang sini murah, baju boleh dapat 240baht dengan kualiti yang baik.

Pic from Google


Kat level 2 ada jual macam-macam jenismakanan, untuk dinner boleh tapao jer. Nak makan situ ramai sangat orang. Kat situ pun ada toilet dan bersih toilet dia. Boleh puji sebab tempat ramai orang dan sesak pun toilet tak berbau dan bersih.

Dah siap tapau kita pun balik hotel jer, makan, mandi dan tidur. Sebenarnya malam tu aku sakit perut sebab time lunch makan tomyam + tea thai. Perut meragam sampai esok. Memang tak best time travel kita sakit perut atau tak sihat. :(




3 Dec 2016 (Visit Songkhla)
Hari kedua kami pegi ke Songkhla dan hujan masih tak berhenti. Kat sini terbantut sikitlah plan nak melawat tempat-tempat yang open. So kita decide nak visit tempat yg tertutup je.

Pagi kami breakfast di Restaurant Zaina makanan halal dan murah. Kat sini ada berpuluh jenis dimsum cuma 10baht semangkuk. Murahkan. Rasa nak makan semua. Nak order makanan lain pun boleh, kat sini ada jugak roti canai dan western food.

Dah kenyang perut kita teruskan perjalanan ke Songkhla. On the way ke Kok Yor(Pulau Yor, Songkhla) driver bawak kami naik feri dengan van. PEngalaman pertama naik feri dengan van. Bayaran 1 kereta cuma 20baht je. Dapat jugaklah kan merasa naik feri dengan van walaupun 5minit je. Hehe.

Folklore Museum 
Disebabkan hujan tak berhenti, kami cuma melawat museum kat Songkhla ni. Bayaran cuma 100baht untuk foreigner. Murah je fees untuk visit museum ni. Museum ni cuma cerita pasal masyarakat dalam negeri Southern Thai macam Pattani, Narathiwat, Yala.

Lebih kurang je macam masyarakat kat Kedah dan Kelantan. Cuma binaan museum ni cantik, ada rumah kayu yang cantik kat area museum ni. So, bolehla bergambar sepuas-puasnya.

Street Art, Songkhla
Kemudian kami pegi visit Street Art(Songkhla) macam ala-ala Georgetown Street Art. Kat sini bergambarla sepuas-puasnya. Kami visit satu rumah yang cantik interior design dia, lepastu pegi pekena coffee dekat Mr. Lee Coffee.

Sampai 7 malam kami kat sini dan kemudian balik ke hotel untuk simpan barang.

Thai Massage & Dinner
Dah simpan barang kami keluar balik pegi Foot Massage dan cari  makanan untuk makan malam. Mula-mula pegi Foot Massage dulu, cost untuk Foot Massage cuma 250baht selama 1 jam. Kalau Thai Massage untuk full body lagi lama masa & lebih mahal.

Dekat town Hatyai tu ada street hawker yang jual makanan halal jugak. Nampak Nasi Lemak dah terliur tapi sebab aku dah sakit perut kes minum Tea Thai semalam so aku cuma beli Pulut Mangga(50 baht) je kat tepi jalan dan pegi makan kt restoran.

Yang lain-lain pun makan dekat restoran, Hamid Restaurant (bukan kedai mamak). Sini je tempat yang accept Ringgit. Kedai ni tutup pukul 10pm, kena datang awal sikit.



4 Dec 2016 (Balik Malaysia)
Hari terakhir kami kat sini. Sob..Sob..

Memandangkan bas kami bertolak ke KL jam 1pm, pagi tu kami breakfast kat kedai biasa-biasa je makan roti canai, nasi kerabu, Kuew Tiau Sup. Yang best kat sini, semua kedai makan ada wifi walaupun kedai tu macam kedai tepi jalan yang biasa-biasa. Senanglah kita nak update apa-apa dengan family dan jimat jugak duit tak payah nak roaming data.

Dah habis breakfast kami ke KimYong market naik TukTuk, kat sini bolehla shopping sikit barang untuk souvenir. Rasanya sini lagi murah dari Night Market tapi Night Market lebih banyak pilihan. Sini aku cuma beli baju untuk anak-anak sedara 80baht sehelai. Oklah kan lebih kurang RM10. Duit RM pun dah jatuh sekaarrang ni.

Pukul 12.30pm kami berkumpul di DavisTour untuk tunggu bas balik ke Malaysia dan bertolak lebih kurang 1.15pm

Bye Hatyai. Jumpa lagi


Bajet Travel

Kalau kira-kira semua bajet aku lebih kurang RM700. Tu pun sebab tershopping baju, kain thai silk, sandal dan banyak beli makanan sedap. Traavel bajet ni boleh kurang lagi dengan cost hotel & transport. Kalo dekat-dekat tu jalan kaki je tak payah naik TukTuk. Boleh jimat 20baht untuk 1 trip.

Tiket KL-Hatyai (pergi balik) - RM120
Sewa Hotel - 600baht
Sewa Van - 420baht (2500baht/day)
TukTuk - 90baht
Makan - 1000baht (3days)
Shopping - 2500baht

Sampai sini dulu perkongsian saya, kalau rasa bermanfaat bolehla SHARE ke facebook untuk reference masa akan datang.😄😃



LIP LINER MARY KAY

PAKAI LIPSTICK SELALU 'MASUK LONGKANG'? LIPLINER KAN ADA, LUKIS DULU BIBIR TU
===================================

MENGGODA sungguh kaler-kaler LIPLINER terbaru ni. VERY INTENSE.


Nak pakai gitu saja pun boleh.
Nak pakai buat base & top up lipstick pun cantik!
Nak buat Ombre lips pun boleh

Kenapa nak pakai lipliner kalau dah ada lipstick?

LIPLINER berfungsi mencantikkan pemakaian lipstick dengan mengikut garis bibir. Lagi senangkan bila ada LIP LINER, Bibir akan jadi lebih cantik & mungil. Semuanya dengan teknik yang betul.


Refer pic bawah ni cara lukis bibir yang betul, kalau nak belajar ngan saya boleh whatsapp ya :)



Apa yang MELETOP sangat LIP LINER ni?
  • Formula adalah sangat ringan , LEMBUT & creamy. Bibir tak akan jadi kering
  • LIPLINER ni WATERPROOF & LONG LASTING! Makan minum lah puas2 tak perlu risau lipstick uols hilang
  • Sesuai utk bibir yg SENSITIVE.
  • Tahan comot & tahan pudar

Gambar contoh bawah ni model pasal LIPLINER full lips. Macam pakai lipstick kan?


Color from Left: ROSE, BERRY, CORAL, RED



Tak sabar dah nak lukis garis bibir dengan lipliner? Ni no fon akak ðŸ˜˜

👇👇👇👇👇👇
+6018 3755877

BERUS AJAIB BERSIHKAN WHITEHEAD TANPA SAKIT

MUKA BANYAK WHITEHEAD/BLACKHEAD? BERUS NI BOLEH BERSIHKAN KULIT 400KALI LEBIH BAIK

LEBIH MUDAH, LEBIH LAJU, LEBIH BERSIH. 

Keluar modal sekali jer untuk muka yang SMART berkali-kali. 

Kulit pun makin cerah sebab muka dah bersih.



Apa lagi yang BEST dengan BERUS AJAIB ni?


👉Mencuci Muka Lebih Bersih Drpd Menggunakan Tangan
👉Memberi Texture Kulit yg Lebih Halus
👉Mengurangkan Excess Sebum Pada kulit (Bintik2 Putih kat Kwsn Hidung & Dagu tu)
👉Kulit Lebih Cerah (Sebab Brush Berfungsi Menyingkirkan Sel Kulit Mati yg Buat Kulit Nampak Kusam)
👉Menanggalkan Habis Semua Sisa Make Up
👉Membantu Penyerapan Maksimum Extract2 yg Terdapat dalam Cleanser & Serum yg Kita Guna



Belum cuba belum tahu dah cuba baru tahu.


Whatsapp ðŸ‘‰ðŸ‘‰ðŸ‘‰ðŸ‘‰ +60 18 375 5877
Whatsapp ðŸ‘‰ðŸ‘‰ðŸ‘‰ðŸ‘‰ +60 18 375 5877
Whatsapp ðŸ‘‰ðŸ‘‰ðŸ‘‰ðŸ‘‰ +60 18 375 5877

Pencarian Mary Kay Beauty Consultant

Assalamualaikum.

Boleh saya tahu kalau ramai yang mencari peluang for second income, buat income geli2 nak tambah pendapatan family, sukakan kecantikan dan nak tambah ramai cliqs?



Disini saya nak share peluang berbisnes bersama MaryKay. Banyak sharing yang kita boleh dapat from our senior.



Come and join us, we always welcoming you to be part of our team.

Hanya bermodalkan RM2^^ sahaja anda layak bergelar Mary Kay Beauty Consultant.



Ada ciri-ciri lain lagi yang ada pada anda? Lets check it out:
  • Usia 18 Tahun dan ke atas
  • Surirumah, penjawat awam/swasta atau pun student
  • Bersikap Optimis dan Berfikiran Positif
  • Inginkan Pendapatan 4-5 Angka
  • Sukakan penghargaan dan pengiktirafan
  • Mahu bekerja secara Bebas
 
 Hubungi saya for more info =)
+6 018- 375 5877



 

Tips Flawless dengan Blusher

ASSALAMUALAIKUM

Selain dari kemestian penjagaan muka yang betul dan teliti, banyak lagi cara yang boleh kita buat supaya muka jadi flawless

Antaranya dengan penggunaan Foundation Primer dan Liquid Foundation MaryKay

Saya sukakan light make up dan rasa tak sesuai nak melebih2 terutama ke tempat kerja 

Cukup saja saya kenakan moisturiser, primer foundation, liquid foundation, sedikit BLUSHER dan mineral powder foundation.

So, BLUSHER juga berperanan untuk memflawlesskan muka uols tahu.

Cuba tengok gamba bawah.. tadaa... Mary Kay Mineral Cheek Color Duo




 Apa yang saya suka tentang blusher ni sebab ada highlighter sekali. Lepas sapu blusher, sapu sikit highlighter di tepi kawasan yang kita sapu blusher tadi.







 Memang Flawless, akak jamin. Pernah ada kawan yang tegur sistur "awak pakai apa tu nampak muka licin jer". Haha, rahsianya blusher dan highlighter lah.






Nak tahu banyak lagi tentang class make up, skincare class dan business Mary Kay?
Contact +6018 375 5877
Powered by Blogger.